LAWATAN TAPAK KE MYBIM CENTRE PAHANG OLEH CIDB MALAYSIA
- NUR SYAZWANI MOHD NASIR
- 7 days ago
- 1 min read
Updated: 4 days ago

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris menghadiri lawatan tapak bersama pegawai CIDB dan UMPSA di MyBIM Centre Pahang berpusat di BIM Centre UMPSA. Makmal ini dibangunkan sebagai salah satu inisiatif penting bagi memperkasa teknologi pembinaan digital di UMPSA. Lawatan ini turut disertai Ir. Ts. Rofizlan Ahmad, Pengurus Besar Kanan Sektor Pembangunan Teknologi dan Bisnes CIDB; Sr Nazir Muhamad Nor, CEO CIDB e-Construct Services; serta Nur Iskandar Zulkifli, Pengarah CIDB Negeri Pahang.
Delegasi meninjau perkembangan projek, memahami pelan pembangunan makmal dan berbincang mengenai potensi integrasi teknologi BIM dalam ekosistem pembinaan di Pahang. Pertukaran pandangan ini membuka ruang kepada idea baharu dalam penyelidikan, latihan dan pembangunan tenaga pakar pembinaan digital.
UMPSA Holdings berharap pembangunan MyBIM Centre Pahang ini menjadi pemangkin kepada kolaborasi lebih kukuh antara UMPSA, UMPSA Holdings, CIDB dan industri, sekali gus menyumbang kepada ekosistem pembinaan inovatif, mampan dan berdaya saing.
Sebagai makluman, Unit BIM UMPSAH di Kompleks UMPSA Holdings, Gambang, aktif menerajui kecemerlangan pembinaan digital melalui peranan sebagai perunding BIM. Pasukan ini telah menyumbang kepada projek seperti Masjid Mengkuang Titi Bukit Mertajam, Masjid Putra Bertam, Masjid Sungai Bakap serta pembangunan institusi seperti Akademi Binaan Malaysia Johor dan Sabah. BIM UMPSAH turut menyokong projek bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Politeknik Bagan Datuk.
Dengan portfolio yang berkembang dan keupayaan terbukti, BIM UMPSAH berada pada landasan kukuh untuk memperluaskan perkhidmatan di peringkat nasional dan antarabangsa.











Comments