Lawatan UMPSA Holdings & UMPSA Consultancy ke KKTM Pasir Mas
- Edry Irman Izhar
- 1 hour ago
- 1 min read
UMPSA Holdings bersama UMPSA Consultancy telah mengadakan sesi lawatan dan perbincangan bersama Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Pasir Mas bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam bidang Building Information Modelling (BIM).

Delegasi UMPSA Holdings diwakili oleh Encik Alif Falatin Abdul Latif, Ketua Pembangunan Perniagaan Strategik serta Encik Khalil Firdaus Mustafa, Pemangku Ketua Anak Syarikat UMPSA Consultancy bersama delegasi lain turut hadir dalam sesi tersebut.
Perbincangan ini membuka ruang kepada perkongsian kepakaran, pembangunan kompetensi serta peluang kolaborasi yang berpotensi memberi manfaat kepada kedua-dua pihak khususnya dalam memperkasakan pembangunan teknologi dan industri BIM.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam memperluaskan jaringan kolaborasi serta pembangunan industri berkaitan BIM.
#UMPSAHoldings #UMPSAH #FadzilIdris #UMPSA #KKTMMPasirMas #KKTM #BIM #BIMUMPSAH #BIMUMPSAC #UMPSAConsultancy #UMPSAC #BuildingInformationModelling













Comments