top of page

MAJLIS MENANDATANGANI MOU CIDB E-CONSTRUCT SERVICES × AUTODESK

UMPSA Holdings berbesar hati menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara CIDB E-Construct Services dan Autodesk, disaksikan oleh YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya.



Majlis ini menyokong usaha pendigitalan industri pembinaan negara melalui penggunaan BIM, Common Data Environment (CDE), dan teknologi berteraskan Revolusi Industri 4.0.


Selaku anak syarikat UMPSA, kami berbangga dengan Profesor Madya Dr. Ahmad Tarmizi bin Haron, Pengarah BIM Centre UMPSA, seorang pakar dalam pembinaan dan BIM yang aktif menjembatani akademik dan industri. Beliau memainkan peranan penting dalam pembangunan dasar dan pemerkasaan BIM bersama CIDB, sekali gus menyokong inovasi dan transformasi digital industri pembinaan negara.


Foto: Facebook rasmi Kementerian Kerja Raya Malaysia





 
 
 

Comments


bottom of page