Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Masjid Al Imam As-Syafie
- Edry Irman Izhar
- 4 days ago
- 1 min read
Building Information Modelling (BIM), sebuah unit di bawah UMPSA Holdings telah menyumbang kepada kejayaan penyiapan Projek Pembinaan Masjid Al Imam As-Syafie di Bandar Putra Bertam, Kepala Batas, yang telah dirasmikan secara rasmi oleh YBhg. Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga merangkap YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada 15 Disember 2025. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris.

Projek ini bermula pada 3 Januari 2024 dan siap sepenuhnya pada 31 Disember 2025 melalui kerjasama erat bersama Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Perdana Menteri, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang serta SF Sepadu Sdn. Bhd. selaku Kontraktor Utama.
Melalui penerapan pendekatan Building Information Modelling (BIM), ia telah menyokong perancangan bersepadu, penyelarasan teknikal dan pengurusan pembinaan secara lebih sistematik, sekali gus meningkatkan kecekapan, ketepatan serta koordinasi sepanjang kitaran pelaksanaan projek.
Penyiapan dan penyerahan Masjid Al Imam As-Syafie ini mencerminkan komitmen berterusan BIM di bawah UMPSA Holdings dalam memacu amalan pembinaan digital yang mampan, tersusun dan berimpak tinggi demi manfaat komuniti setempat.
#UMPSAHoldings #UMPSA #FadzilIdris #Synbion #BIM #BuildingInformationModelling #Building #MasjidAlImamAsSyafie #PulauPinang #Penang #DigitalConstruction #ConstructionInnovation #CoordinationModel #3DModelling












Comments