top of page

MAJLIS SANTAPAN PETANG TUANKU CANSELOR UMPSA BERSAMA INDUSTRI

UMPSA Holdings telah diberi penghormatan untuk hadir dalam Majlis Santapan Petang Tuanku Canselor UMPSA, sebuah acara penuh istiadat yang berlangsung dengan penuh gemilang di Kuala Lumpur pada 26 September 2025. Kehadiran diketuai oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ts. Fadzil Mohd Idris, bersama delegasi UMPSA yang dipimpin oleh YBhg. Profesor Dr. Yatimah Alias, Naib Canselor UMPSA serta rakan strategik industri.



Majlis penuh istiadat ini diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, selaku Tuanku Canselor UMPSA serta Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Sultan Iskandar Al-Haj.


Dalam kesempatan bersejarah ini, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang telah berkenan melancarkan Endowmen Tuanku Canselor UMPSA, sebuah inisiatif untuk menyokong pendidikan, penyelidikan dan kebajikan, sejajar dengan aspirasi membina kecemerlangan holistik universiti.


Sebagai cabang komersial universiti, UMPSA Holdings merakamkan sokongan penuh terhadap inisiatif ini dan akan terus komited memperkukuh jaringan kerjasama universiti–industri, memacu inovasi serta mencipta nilai mampan demi melonjakkan UMPSA ke peringkat nasional dan antarabangsa.



 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

Privacy Policy

Legal

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page