Majlis Solat Hajat & Doa Selamat Sempena Awal Muharram 1448H
- Edry Irman Izhar
- 2 days ago
- 1 min read
UMPSA Holdings telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat bersempena Sambutan Awal Muharram 1448H pada 16 Jun 2026 bertempat Pejabat UMPSA Holdings, Cawangan Kuala Lumpur.

Majlis ini menjadi wadah untuk seluruh warga kerja bersama-sama memanjatkan doa memohon keberkatan, kesejahteraan serta kejayaan berterusan buat organisasi, di samping menghayati pengajaran dan semangat penghijrahan yang dibawa oleh bulan Muharram.
Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa rahmat, keberkatan dan kekuatan kepada kita semua dalam melaksanakan amanah serta mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang.






Comments