top of page

Meneroka Inovasi dan Pembangunan bersama EXCO Negeri Pahang

UMPSA Holdings telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS), Kuantan, dan mengadakan perbincangan bersama YB Dato’ Amizar Abu Adam, EXCO Hal Ehwal FELDA, Koperasi & Usahawan Negeri Pahang.



Delegasi UMPSA Holdings dihadiri oleh Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings. Perbincangan tertumpu kepada potensi kerjasama dalam pembangunan keusahawanan serta penerapan teknologi dan inovasi bagi menyokong pembangunan negeri Pahang.


Antara perkara yang dibincangkan termasuk pengenalan dan penerangan berkenaan teknologi Building Information Modelling (BIM) dan Scan-to-BIM serta perbincangan mengenai sistem rawatan air di FELDA Bukit Sagu dan FELDA Jengka.


Kunjungan ini membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat antara UMPSA Holdings dan Kerajaan Negeri Pahang dalam meneroka penyelesaian inovatif yang mampu memberi manfaat kepada industri, komuniti dan pembangunan sosioekonomi negeri secara berterusan.




 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

Privacy Policy

Legal

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page