PEMBENTANGAN KERANGKA PROGRAM KERJASAMA STRATEGIK UMPSA DAN PACDB BERSAMA LPU
- Edry Irman Izhar
- Nov 8, 2025
- 1 min read
Pada 26 September 2025, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Pahang Aerospace City Development Berhad (PACDB) telah bersidang di Kuala Lumpur bagi sesi Pembentangan Kerangka Program Kerjasama Strategik kepada Lembaga Pengarah Universiti (LPU).
Sesi ini turut menampilkan pembentangan Perancangan Hala Tuju Strategik UMPSA Holdings 2026 – 2030 yang telah disampaikan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris. Pembentangan tersebut menggariskan hala tuju, aspirasi dan inisiatif utama bagi memperkukuh peranan UMPSA Holdings dalam memacu inovasi, kelestarian dan kerjasama industri.


Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Profesor Dr. Yatimah Alias, Naib Canselor UMPSA, En. Norazmi yang mewakili PACDB, serta En. Sean dari K2. Kehadiran mereka mencerminkan semangat kerjasama dan komitmen bersama dalam merealisasikan hasil yang berimpak tinggi serta berorientasikan masa hadapan.
UMPSA Holdings berharap agar perancangan dan kerjasama strategik ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan mampan, memperkukuh kedudukan UMPSA di persada nasional dan antarabangsa, serta menjadikan Pahang sebagai hab aeroangkasa dan industri bernilai tinggi.



Comments