Perbincangan Strategik Akademi TVET Termaju (ATVET)
- Edry Irman Izhar
- 2 days ago
- 1 min read
Akademi TVET Termaju (ATVET) telah mengadakan sesi perbincangan hala tuju strategik yang berlangsung di UMPSA Holdings, Cawangan Kuala Lumpur, menghimpunkan wakil industri dan akademik bagi membincangkan usaha memperkukuh landskap pendidikan TVET negara.

Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pembentukan program pascasiswazah yang merangkumi Ijazah Master Amalan Profesional (MAP) dan Ijazah Kedoktoran Amalan Profesional (DAP), di samping cadangan pembangunan program prasiswazah ATVET yang selaras dengan keperluan industri serta perkembangan semasa.
Penganjuran sesi strategik di Pejabat UMPSA Holdings, Kuala Lumpur mencerminkan komitmen UMPSA Holdings dalam menyokong pembangunan pendidikan TVET melalui kerjasama erat antara institusi akademik dan industri, sekali gus memperkukuh hala tuju ATVET sebagai peneraju pendidikan TVET berimpak tinggi.
#UMPSAHoldings #UMPSAH #FadzilIdris #UMPSA #ATVET #TVETMalaysia #PendidikanTVET #HalaTujuStrategik #KolaborasiIndustri #PendidikanTinggi #HalimMazmin #UMPSAHKL #UMPSAKLOffice







Comments