Perbincangan Strategik UMPSA Holdings bersama Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang
- Edry Irman Izhar
- 17 hours ago
- 1 min read
UMPSA Holdings telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato’ Ir. Razali Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, bertempat di PPSAS. Delegasi UMPSA Holdings telah diketuai oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris.

Dalam pertemuan tersebut, pihak UMPSA Holdings telah mengemukakan cadangan strategik berkaitan penglibatan dalam sektor penerbangan (aviation) di daerah Rompin, khususnya pembangunan dan operasi Air Strip di Lanjut sebagai pemangkin utama kepada peningkatan akses, logistik dan pertumbuhan ekonomi masa hadapan kawasan berkenaan.
YB Dato’ Ir. Razali bin Kassim telah menegaskan keutamaan terhadap pembangunan Muara Sungai Rompin sebagai pintu masuk ekonomi utama wilayah tersebut. Antara penekanan beliau termasuk pembangunan Muara Sungai Rompin sebagai “economic gateway”, pembangunan kaedah khas pembangunan ekonomi bagi Rompin untuk memastikan perancangan yang lebih tersusun, serta pembangunan infrastruktur di kawasan persisiran Sungai Rompin.
Projek Pembangunan Muara Sungai Rompin akan menjadi pemangkin aktiviti perdagangan dan komersil di daerah Rompin.
UMPSA Holdings menyambut baik hala tuju dan cadangan yang diberikan daripada pihak YB Dato’ Ir. Razali Kassim, serta komited untuk bergerak secara bersepadu dalam memperkasa pembangunan Muara Sungai Rompin dan ekosistem penerbangan di Lanjut secara serentak, selaras dengan aspirasi pembangunan negeri Pahang.






Comments