top of page

SESI PERJUMPAAN KETUA PENGARAH KPT BERSAMA PENGURUSAN UNIVERSITI AWAM DAN ANAK SYARIKAT INDUK MILIKAN UNIVERSITI AWAM

Alhamdulillah, pada 8 Oktober 2025, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, telah menghadiri Sesi Perjumpaan Ketua Pengarah KPT bersama Pengurusan Universiti Awam dan Anak Syarikat Induk Milikan Universiti Awam yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.



Sesi ini menjadi platform penting dalam membincangkan cadangan melestarikan peranan dan pembangunan syarikat induk universiti awam agar kekal berdaya saing, mampan serta mampu menjana pulangan strategik kepada universiti masing-masing.


Turut hadir mewakili UMPSA ialah YBhg. Profesor Dr. Yatimah Alias, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA); Dato’ Zainudin Othman, Bendahari UMPSA; dan Dr. Ahmad Johari Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif UMPSA Advanced.


UMPSA Holdings terus komited dalam memperkukuh tadbir urus korporat, kecekapan operasi serta daya saing perniagaan bagi menyokong agenda kemampanan universiti dan memperkukuh hubungan antara akademia serta industri.



 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

Privacy Policy

Legal

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page