top of page

SESI TOWN HALL PAHANG 1ST LECTURE SERIES ANJURAN UCYP

ree

Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings, hadir sebagai Ahli Lembaga Pengelola UCYP dalam sesi Pahang 1st Lecture Series Town Hall bersama YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, yang berlangsung di Kompleks Yayasan Pahang pada 13 November 2025. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Lembaga Pengarah KYP Education Sdn. Bhd., serta beberapa Exco Kerajaan Negeri Pahang.


Sesi ini turut disertai para pelajar dari universiti lain seperti UMPSA, UIA dan UCYP sendiri, menjadikan sesi town hall ini platform penting untuk memperkukuh kefahaman mahasiswa terhadap Aspirasi Pahang 1st, di samping membuka ruang dialog secara langsung antara pemimpin negeri dan anak-anak muda dari pelbagai institusi sekitar Kuantan.


Seiring dengan mesej YAB Menteri Besar mengenai peranan generasi muda sebagai pewaris dan penggerak masa depan negeri, UMPSA Holdings turut menyokong penuh usaha memperkasakan ilmu, integriti, kemahiran berfikir kritikal serta keberanian meneroka bidang baharu yang mampu menyumbang kepada pembangunan negeri.


UMPSA Holdings kekal komited dalam menyokong inisiatif pendidikan, pembangunan bakat serta usaha memperkukuh modal insan untuk masa depan Pahang yang lebih maju dan berdaya saing.


ree
ree
ree
ree
ree
ree
 
 
 

Comments


bottom of page