top of page

SESI TOWNHALL BERSAMA MD & GCEO UMPSA HOLDINGS 2/2025

Pada 24 November 2025, sesi Townhall eksklusif bersama MD & GCEO, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris telah diadakan yang melibatkan seluruh staf Kumpulan UMPSA Holdings di Dewan Aras 2, Kompleks UMPSA Holdings. Majlis yang berlangsung ini menjadi platform penting untuk berkongsi halatuju kumpulan, prestasi kewangan terkini, penstrukturan organisasi, serta pelan insentif bagi mengiktiraf dedikasi kakitangan.


ree

Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris juga mengadakan sesi soal jawab rawak bersama staf di mana ia membuka ruang kepada staf untuk beramah mesra bersama GCEO sewaktu sesi soal jawab diadakan. Sesi ini memberikan ruang bagi kakitangan untuk mendapatkan pencerahan secara langsung mengenai hala tuju syarikat, strategi pertumbuhan, dan aspek operasi yang memberi impak kepada kesejahteraan staf serta keberkesanan organisasi.


Sesi cabutan bertuah turut diadakan melibatkan 40 orang staf terpilih. Hadiah bagi cabutan ini ialah peluang menikmati sesi makan istimewa bersama GCEO, dan ia merupakan satu penghargaan bagi meraikan dedikasi mereka dalam Kumpulan UMPSA Holdings.


Townhall ini membuktikan keberkesanan platform komunikasi terbuka dalam memperkukuh hubungan antara pengurusan dan staf, menggalakkan perkongsian idea, dan memberi inspirasi kepada seluruh kakitangan untuk terus komited dalam misi kumpulan. Ia juga menekankan kepentingan kepimpinan yang telus, responsif, dan mesra staf dalam memacu pertumbuhan organisasi secara holistik.



ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree

 
 
 

Comments


bottom of page