top of page

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA 18 STAF ATAS PENTAULIAHAN TTT!

9 minutes ago
1 min read

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada 18 orang kakitangan Kumpulan UMPSA Holdings yang telah berjaya ditauliahkan sebagai Tenaga Pengajar (TTT) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).


Dengan pencapaian ini, jumlah keseluruhan kakitangan kumpulan yang telah ditauliahkan sebagai TTT kini meningkat kepada 32 orang, semakin menghampiri sasaran 50 orang tenaga pengajar bertauliah! 👏🏻


Kejayaan ini merupakan satu langkah penting dalam usaha UMPSA Holdings memperkasakan kompetensi, meningkatkan kemahiran dan membangunkan potensi kakitangan sebagai tenaga pengajar yang berkelayakan dan kompeten.


Setiap pentauliahan merupakan pelaburan dalam pembangunan modal insan serta pemangkin kepada perkongsian ilmu, peningkatan kualiti latihan dan pembentukan tenaga kerja berkemahiran tinggi.


🚀 32 DARIPADA 50 TENAGA PENGAJAR TTT BERTAULIAH


64% DICAPAI | 18 LAGI UNTUK MENCAPAI SASARAN!


Bersama-sama kita terus melangkah ke arah sasaran 50 tenaga pengajar bertauliah!


Memperkasa Kompetensi, Membina Kepakaran, Membentuk Masa Depan. 💪🏻




 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page