top of page

Taklimat Keselamatan Bagi Kakitangan Unit Pembersihan UMPSA Services

Taklimat Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (KKP) bersama kakitangan Unit Pembersihan UMPSA Services telah diadakan sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran berkaitan amalan kerja selamat, penjagaan kesihatan serta pengurusan risiko di tempat kerja.



Taklimat ini dianjurkan di bawah Unit Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (KKP), UMPSA Holdings, selaras dengan komitmen berterusan UMPSA Holdings dalam memastikan setiap warga kerja memahami tanggungjawab dan hak mereka terhadap keselamatan dan kesihatan di persekitaran kerja masing-masing. Kesedaran terhadap bahaya dan risiko bukan sahaja tanggungjawab majikan, malah merupakan hak setiap pekerja untuk mengetahui langkah pencegahan yang perlu diambil.


Melalui inisiatif seperti ini, UMPSA Holdings terus memperkukuh budaya kerja yang selamat, sihat dan kondusif demi kesejahteraan semua kakitangan serta kelangsungan operasi yang lebih produktif.


Sama-sama kita wujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat dan sihat 💪





 
 
 

Comments


bottom of page