Penceramah pilihan UMP Holdings bagi menyampaikan perkongsian kesedaran integriti pada kali ini, adalah Encik Mohd Firdaus bin Ramlan yang merupakan seorang bekas Majistret Mahkamah Daerah. Beliau telah secara eksklusifnya berkongsi pengalaman peribadi beliau bertujuan untuk mengupas kesan dan akibat rasuah dengan lebih mendalam. Pelbagai isu telah dikongsikan termasuklah kesan rasuah yang terpaksa ditanggung oleh keluarga yang tidak berdosa.
Perkongsian seperti ini diharapkan mampu meningkatkan kesedaran integriti semua warga kerja Kumpulan UMP Holdings untuk sama-sama mencegah rasuah dan mengekalkan integriti dalam diri. Pesanan beliau yang amat jelas sehingga kini: “Jangan mula dengan langkah pertama.”
Comments