UMPSAH Kini Berdaftar dengan Kod Pengkhususan CIDB F02 – Fasiliti Bangunan Penjagaan Kesihatan
- Edry Irman Izhar
- Jul 24
- 1 min read
UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (UMPSAH) terus mengorak langkah ke hadapan dengan memperoleh Kod Pengkhususan F02 – Fasiliti Bangunan Penjagaan Kesihatan di bawah pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Pencapaian ini memperkukuh keupayaan UMPSAH untuk menyertai serta melaksanakan projek berkaitan fasiliti bangunan penjagaan kesihatan, selaras dengan skop kerja dan piawaian yang ditetapkan oleh CIDB.
Sebagai kontraktor berdaftar CIDB, UMPSAH kekal komited dalam menyediakan penyelesaian pembinaan dan pengurusan projek yang berkualiti, berintegriti, serta memenuhi standard industri demi menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan strategik.
Membina Kepercayaan. Menyampaikan Kecemerlangan.



Comments