top of page

UMPSA Holdings Anjur Program Strategik Perkukuh Etika dan Tatakelola Tempat Kerja

UMPSA Holdings telah menganjurkan program bertajuk “Employers & Employee Rights, Responsibilities, & Workplace Conduct” pada 22 April bertempat di Dewan Serbaguna UMPSA Holdings, Gambang. Program ini menghimpunkan warga kerja UMPSA Holdings dalam satu sesi pembelajaran interaktif yang memfokuskan kepada pemahaman menyeluruh berkaitan hak, tanggungjawab serta etika di tempat kerja.



Sesi ini telah dikendalikan oleh Dr. Haliza Zainal Abidin, seorang ‘Strategic HR Leader’ dan ‘Certified Strategic Human Resource Business Partner (sHRBP)’ yang berpengalaman luas dalam pembangunan modal insan dan pengurusan sumber manusia strategik. Turut hadir ialah wakil pengurusan dan kakitangan UMPSA Holdings.


Sepanjang program, para peserta didedahkan dengan pelbagai input praktikal melalui pendekatan ceramah yang dinamik serta aktiviti interaktif yang menarik. Perbincangan merangkumi aspek pematuhan undang-undang pekerjaan, pembentukan budaya kerja profesional, serta pengukuhan hubungan antara majikan dan pekerja dalam memastikan persekitaran kerja yang harmoni dan produktif.


Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan UMPSA Holdings dalam membangunkan tenaga kerja yang kompeten, berintegriti dan berdaya saing. Inisiatif ini juga selari dengan aspirasi organisasi untuk memperkukuh tadbir urus serta memperkasa budaya kerja yang positif, seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan prestasi organisasi secara menyeluruh.




 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebih Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

Off Jalan Chan Sow Lin,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

Privacy Policy

Legal

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page