top of page

UMPSA Holdings dan Pusat Kebudayaan UMPSA Perkukuh Kerjasama

UMPSA Holdings telah menerima kunjungan hormat daripada Pusat Kebudayaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dalam satu sesi yang berlangsung di Kompleks UMPSA Holdings.



Delegasi Pusat Kebudayaan UMPSA diketuai oleh Pengarahnya, iaitu Encik Mohd Zaki Ahmad, manakala UMPSA Holdings diwakili oleh Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris selaku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.


Sesi ini menjadi platform bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta memperkukuh hubungan strategik antara entiti universiti dan anak syarikat.


Melalui jalinan ini, kedua-dua pihak optimis untuk meneroka peluang kolaborasi yang mampu menyumbang kepada pemerkasaan identiti budaya, di samping menyokong agenda pembangunan universiti secara holistik dan berterusan.




 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebih Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

Off Jalan Chan Sow Lin,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

Privacy Policy

Legal

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page