top of page

UMPSA Holdings di FIMiEx 2025: Menyokong Inovasi & Bakat Industri

UMPSA Holdings dengan bangga menyokong penganjuran FIMiEx 2025 anjuran Fakulti Pengurusan Industri, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), yang berlangsung pada 29-30 November 2025 di BCIC Lodge, Kuantan, Pahang.


ree

Sebagai salah satu penaja, UMPSA Holdings turut membuka booth pameran bagi memperkenalkan produk dan penyelesaian teknologi daripada Synbion seperti OUDino dan E-Anfun, yang menjadi antara tarikan sepanjang program. Kehadiran UMPSA Holdings di FIMiEx 2025 bertujuan memberi pendedahan industri, menyokong inovasi pelajar, serta memperlihatkan komitmen berterusan terhadap pembangunan bakat di UMPSA.


Program dua hari ini menghimpunkan pertandingan inovasi, pameran industri serta sesi penjurian profesional, sekaligus menyediakan platform penting untuk mahasiswa mengetengahkan idea dan projek berimpak tinggi.


UMPSA Holdings berbesar hati dapat bersama menjayakan usaha memperkukuh ekosistem inovasi dan keusahawanan pelajar, selaras dengan aspirasi universiti dalam memacu kecemerlangan akademik dan industri.



ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree

 
 
 

Comments


bottom of page