UMPSA Holdings Dipilih Sebagai Pusat Latihan FMPro Apprentice CIDB 2026
- Edry Irman Izhar
- 5 hours ago
- 1 min read
UMPSA Holdings telah dipilih sebagai pusat latihan bagi pelaksanaan Program FMPro Apprentice CIDB 2026, sebuah inisiatif CIDB Malaysia dengan kerjasama Chulia Facilities Management Sdn. Bhd. yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kontraktor G1 hingga G4 dalam bidang Pengurusan Fasiliti.

Berlangsung dari Julai hingga September 2026 di UMPSA Holdings Kuala Lumpur, para peserta akan mengikuti pelbagai modul termasuk Facility Management, Smart Facilities Management & Digitalization, latihan berkaitan standard ISO, Occupational Safety & Health, Energy Management serta kemahiran Bahasa. Kesemua modul disusun bagi melahirkan kontraktor yang lebih berpengetahuan, berkemahiran dan bersedia untuk mengembangkan kepakaran dalam bidang Pengurusan Fasiliti.
Pemilihan UMPSA Holdings sebagai pusat latihan bagi Program FMPro Apprentice CIDB 2026 mencerminkan keyakinan terhadap kemudahan latihan yang lengkap, persekitaran pembelajaran yang kondusif serta komitmen organisasi dalam menyokong pembangunan modal insan negara. Berlokasi di Halim Mazmin Place, Kuala Lumpur, fasiliti UMPSA Holdings menyediakan ruang latihan yang kondusif, kemudahan korporat moden serta fasiliti acara yang sesuai untuk pelaksanaan seminar, bengkel dan latihan profesional.
