UMPSA Holdings Hadiri Majlis Anyaman Warisan Aidilfitri Citaglobal Berhad 2026
- Nur Syazwani Mohd Nasir
- 3 hours ago
- 1 min read
Majlis Anyaman Warisan Aidilfitri 2026 Citaglobal Berhad atas jemputan Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Norza Zakaria selaku Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal Berhad berlangsung dengan penuh kemeriahan dalam suasana yang sarat dengan adab serta kebersamaan.
Majlis yang diadakan di Hotel Concorde Kuala Lumpur ini diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
UMPSA Holdings diwakili oleh Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings serta beberapa barisan pengurusan.
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri II, YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof; Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi; serta Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan.
Majlis ini turut menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin negara, industri serta rakan strategik sempena sambutan Aidilfitri.










Comments