UMPSA Holdings ke Arah Penubuhan Akademi Dalam Industri (ADI)
UMPSA Holdings telah mengadakan sesi taklimat dan bimbingan bersama Cik Siti Harjar Mohd Nor dan Cik Norzanarita Eezan Abdul Ghani dari Bahagian Pentauliahan, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), bagi persediaan penubuhan Akademi Dalam Industri (ADI). Turut serta Dr Norhayati Karno daripada UMPSA Consultancy bersama-sama dalam taklimat dan perbincangan ini.

Perjumpaan ini bertujuan mendapatkan penerangan mengenai keperluan pentauliahan dan langkah pelaksanaan ADI. Sesi ini menjadi panduan awal kepada UMPSA Holdings untuk merancang program, menyediakan dokumen berkaitan dan menyusun tindakan susulan.
ADI ialah kaedah latihan dan persijilan kemahiran yang menggabungkan pembelajaran teori dengan aktiviti kerja sebenar di industri, berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
Usaha ini dapat memperkukuhkan lagi peranan UMPSA Holdings dalam pembangunan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri.


Comments