UMPSA Holdings Memacu Inovasi Bersama FELDA Wilayah Jengka
- Edry Irman Izhar
- 2 days ago
- 1 min read
UMPSA Holdings telah mengadakan kunjung hormat ke FELDA Wilayah Jengka pada hari ini bagi meneroka peluang kerjasama strategik.

Delegasi yang diketuai oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, telah memfokuskan perbincangan terhadap tiga aspek utama, iaitu perkongsian teknologi dalam operasi perladangan, pembangunan infrastruktur, serta potensi pelaksanaan Kenderaan Elektrik (EV) di negeri Pahang.
UMPSA Holdings merakamkan penghargaan atas komitmen FELDA Wilayah Jengka dalam memperkukuh kolaborasi ini ke arah memacu inovasi, memastikan kelestarian industri sawit, serta membangunkan tenaga kerja generasi baharu.
#UMPSAHoldings #UMPSAH #UMPSA #FadzilIdris #Synbion #FELDAJengka #KunjungHormat #KerjasamaStrategik #Inovasi #Kelestarian #IndustriSawit #Pahang #ElectricVehicle #EVMalaysia #PembangunanNegara








Comments