top of page

UMPSA Holdings Memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Far East Holdings

Delegasi UMPSA Holdings yang diketuai oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Far East Holdings Berhad yang berlangsung pada 8 April di AC Hotel Kuantan, Pahang.



Majlis ini diserikan dengan kehadiran Tetamu Kehormat, YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail. Turut hadir ialah YH Dato' Mohd Khusaini Harumaini, Ahli Lembaga Pengarah di LKPP Corporation Sdn. Bhd. serta YB Dato' Mohamad Nizar Dato' Sri Mohamad Najib, Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi & Inovasi Pahang, sekali gus menjadikan majlis ini sebagai platform bermakna untuk jalinan hubungan strategik.


Sepanjang majlis berlangsung, delegasi UMPSA Holdings telah berjaya mengukuhkan jaringan kolaborasi menerusi interaksi dua hala yang dinamik bersama YAB Menteri Besar Pahang, pihak Far East Holdings serta para tetamu kehormat, dalam suasana eksklusif dan kondusif yang memacu perkongsian strategik bernilai tinggi.


Kehadiran ini mencerminkan komitmen UMPSA Holdings dalam memperkukuh hubungan industri serta menyokong ekosistem kerjasama yang mampan di negeri Pahang.


 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebih Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

Off Jalan Chan Sow Lin,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

Privacy Policy

Legal

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page