UMPSA Holdings Memeriahkan Majlis SERI SYAWAL 2026 Bubbles O2
- Nur Syazwani Mohd Nasir
- 2 hours ago
- 1 min read
UMPSA Holdings turut menghadiri Majlis SERI SYAWAL 2026 anjuran Bubbles O2 yang berlangsung pada 4 April 2026 di Gateway Ballroom, Sama-Sama Hotel KLIA.
UMPSA Holdings diwakili oleh Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings, yang hadir bagi memeriahkan majlis serta mengeratkan hubungan silaturahim bersama rakan industri dan rakan strategik.
Majlis yang dianjurkan oleh Bubbles O2 ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan kerjasama para rakan strategik serta sahabat industri, di samping meraikan kemeriahan Aidilfitri dalam suasana penuh kemesraan dan kebersamaan.








Comments