UMPSA Holdings Meneroka Peluang Strategik di MBOT 2026
- Edry Irman Izhar
- 9 hours ago
- 1 min read
UMPSA Holdings telah menyertai MBOT East Coast Symposium 2026 yang berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Yayasan Pahang, Kuantan, di mana ia menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan daripada sektor akademia, industri dan kerajaan dalam memperkasa pembangunan berteraskan teknologi di Pantai Timur.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Ir. Razali Kassim, Naib Canselor UCYP University, YH Prof. Dato’ Dr. Muhammad Fauzi Mohd Zain, Presiden MBOT, YBhg. Prof. Dato’ Ts. Ir. Dr. Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib serta Penasihat Ungku Aziz Centre for Development Studies, YBhg. Dato’ Seri Mustapa Mohamed, dan juga Mantan EXCO Pahang, YH Dato’ Sri Norol Azali Sulaiman bersama barisan tokoh industri dan akademik yang lain.
Delegasi UMPSA Holdings diwakili oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, yang turut terlibat dalam perbincangan strategik bersama pemain industri dan rakan institusi sepanjang program berlangsung.
Penyertaan ini menjadi platform penting untuk membincangkan teras perniagaan UMPSA Holdings di samping meneroka potensi dalam industri penerbangan dan maritim di Pahang. Perbincangan turut merangkumi penerapan teknologi pembinaan digital seperti Building Information Modelling (BIM), serta bidang berkaitan termasuk pembinaan, pengurusan fasiliti dan inovasi.
Penglibatan ini mencerminkan pendekatan proaktif UMPSA Holdings dalam memperkukuh kolaborasi industri, selari dengan perkembangan teknologi semasa, serta memperkukuh peranan organisasi dalam menyumbang ke arah pembangunan serantau yang mampan dan berimpak tinggi.
Kredit Gambar: UCYP University
#UMPSAHoldings #UMPSAH #FadzilIdris #Synbion #UMPSA #Pahang1st #MBOT #UCYP #MBOTEastCoastSymposium2026








Comments