top of page

UMPSA HOLDINGS PERKUKUH EKOSISTEM PENGKOMERSIALAN UNIVERSITI

Pada 11 Oktober 2025 bertempat di Dewan Auditorium, Perpustakaan UMPSA Kampus Gambang, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, telah dijemput sebagai penceramah jemputan dalam sesi Perkongsian Dana dan Fasilitasi Pengkomersialan – Peluang Pembiayaan dan Sokongan.



Sesi ini memberi pendedahan kepada warga universiti mengenai peranan UMPSA Holdings sebagai lengan komersial universiti, yang menghubungkan hasil penyelidikan dengan keperluan industri melalui pelbagai bentuk sokongan termasuk fasilitasi dana, pembiayaan pra-komersial, bimbingan model perniagaan, serta pemantauan projek komersial.



Dalam perkongsian tersebut, Ts. Mohd Fadzil menegaskan komitmen UMPSA Holdings untuk membangunkan ekosistem pengkomersialan yang mampan dan berimpak tinggi, memastikan setiap inovasi universiti diterjemahkan menjadi produk dan perkhidmatan bernilai di pasaran.


UMPSA Holdings akan terus berperanan aktif sebagai rakan strategik UMPSA dalam memperkukuh agenda kemampanan kewangan, keterhubungan industri dan kebitaraan universiti ke arah universiti keusahawanan yang progresif.





 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebih Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

Off Jalan Chan Sow Lin,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

Privacy Policy

Legal

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page