top of page

UMPSA Holdings Perkukuh Hubungan Bersama Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP)

UMPSA Holdings terus memperkukuh jaringan strategik menerusi sesi kunjung hormat ke Pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Kuantan.



Delegasi UMPSA Holdings, diketuai oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH. Tok Muda Dato' Haji Ahmad Hairi Haji Hussain. Sesi ini menjadi platform penting untuk memperkenalkan latar belakang, kepakaran serta peranan UMPSA Holdings sebagai entiti komersial universiti yang menawarkan pelbagai perkhidmatan merangkumi teknologi, kejuruteraan, perundingan dan latihan profesional.


Dalam masa yang sama, perbincangan turut membuka ruang kepada potensi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, termasuk penerokaan teknologi 'Scan to BIM' dan juga pembangunan 'as-built drawing' yang lebih tepat dan efisien.

Selain itu, inisiatif program pendidikan dan pembangunan kompetensi untuk golongan asnaf turut dibincangkan sebagai usaha memperkasa komuniti, di samping penerapan teknologi modular serta penggunaan bahan baharu dalam pembangunan perumahan yang lebih mampan.


Turut disentuh adalah keperluan latihan profesional bagi meningkatkan kemahiran dan kompetensi tenaga kerja, selaras dengan keperluan industri semasa. UMPSA Holdings komited untuk terus meneroka kolaborasi bernilai tinggi bersama rakan strategik seperti MUIP dalam memacu inovasi, pembangunan ummah dan kelestarian industri.




 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

Privacy Policy

Legal

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page