top of page

UMPSA Holdings Perkukuh Hubungan Strategik Bersama KPT dan UMPSA

Kumpulan UMPSA Holdings telah menyertai dan menaja program KPT-UMPSA Monthly Golf Networking 2026 yang berlangsung di Mahkota Golf & Country Club, Kuantan.



Program ini menghimpunkan pegawai kanan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Universiti Malaysia Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Awam (UA), Ahli Lembaga Universiti Awam, pengurusan universiti, wakil syarikat pegangan universiti serta rakan industri dalam platform jaringan strategik yang lebih santai dan berimpak.


Sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran program ini, UMPSA Holdings telah menyumbang tajaan berjumlah RM5,000. Penyertaan ini mencerminkan komitmen UMPSA Holdings dalam memperkukuh hubungan strategik dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam ekosistem pendidikan tinggi negara.


Hadir mewakili Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings ialah Encik Alif Falatin Abdul Latif, Ketua Divisyen Pembangunan Perniagaan Strategik UMPSA Holdings, serta Encik Khalil Firdaus Mustafa, Pengurus Besar UMPSA Consultancy Sdn. Bhd.


Melalui platform seperti ini, UMPSA Holdings terus komited dalam memperluaskan jaringan kerjasama, meneroka peluang strategik baharu serta memperkukuh peranan sebagai rakan industri yang menyokong pembangunan dan kemajuan sektor pendidikan tinggi negara.




 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

Privacy Policy

Legal

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page