top of page

UMPSA HOLDINGS PERKUKUH INOVASI PERTANIAN MELALUI PERJANJIAN KAJIAN POKOK KETUM AYAM

UMPSA Technology melalui UMPSA Holdings telah terlibat dalam Majlis Penyerahan Perjanjian Kajian Analisis Penanaman Pokok Ketum Ayam, yang berlangsung di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik, Bentong pada 11 November 2025.


Majlis menyaksikan majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMPSA Holdings dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pahang yang disempurnakan oleh YBrs. Ts. Mohd Fadzil Bin Mohd Idris dan YBrs. Ts. Azrul Bin Bakhtiar, serta disaksikan oleh YBrs. Dr. Norhaliza Binti Abdul Halim @ Jamahuri. MoU ini menandakan komitmen bersama dalam menjalankan kajian serta analisis penanaman Pokok Ketum Ayam sebagai langkah memperkukuh inovasi dalam bidang pertanian dan makanan ternakan berasaskan sumber tempatan.


ree

Majlis dirasmikan oleh YBrs. Ts. Azrul Bin Bakhtiar, Wakil kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) dan Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pahang, bersama YBrs. Dr. Norhaliza Binti Abdul Halim @ Jamahuri, Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang. Mereka menekankan kepentingan inisiatif ini sebagai langkah menyokong dasar keterjaminan makanan negara.


Menurut YBrs. Ts. Azrul Bin Bakhtiar, kos sara hidup kini banyak dipengaruhi oleh kenaikan harga makanan dan bahan import, terutamanya dalam industri ternakan yang bergantung kepada jagung dari luar negara. Oleh itu, kerajaan Persekutuan dan Negeri Pahang sedang meneroka alternatif tempatan, iaitu pokok Ketum Ayam (Trichanthera Gigantea) yang berpotensi menjadi bahan makanan ternakan alternatif kepada jagung.


UMPSA Holdings merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pahang atas kepercayaan yang diberikan untuk menjalankan penyelidikan dan kolaborasi strategik ini, yang sekali gus membuka ruang kepada pembangunan teknologi dan inovasi tempatan dalam sektor penternakan dan pertanian negeri Pahang.


Majlis turut menampilkan ceramah bertajuk “Transformasi Pertanian Pahang: Potensi Trichanthera Gigantea (Ketum Ayam) dalam Industri Makanan Ternakan” oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Aizi Nor Mazila binti Ramli dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), serta pameran produk dan perkhidmatan oleh UMPSA Technology yang menonjolkan kepakaran dalam inovasi dan penyelidikan penternakan serta pertanian lestari.


UMPSA Holdings komited dalam memperkukuh pembangunan industri berasaskan penyelidikan dan inovasi, seiring dengan aspirasi negeri untuk memajukan sektor penternakan dan pertanian, meningkatkan keterjaminan makanan negara, serta memperkasakan kerjasama strategik antara akademia, industri dan agensi kerajaan.



ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree

 
 
 

Comments


bottom of page