top of page

UMPSA Holdings Perkukuh Jalinan Bersama Jabatan Penyelidikan & Inovasi UMPSA

UMPSA Holdings telah mengadakan sesi perkongsian bersama pihak Research & Innovation UMPSA – Centre of Excellence (CoE) bertempat di Dewan Aras 2, Kompleks UMPSA Holdings, Gambang bagi memperkenalkan peranan, keupayaan serta potensi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.



Turut hadir, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings, Encik Alif Falatin Abdul Latif, Ketua Divisyen Pembangunan Perniagaan Strategik serta barisan Pengurusan Kanan yang memberikan perkongsian berkaitan produk dan perkhidmatan Kumpulan UMPSA Holdings serta pengenalan kepada anak-anak syarikat iaitu UMPSA Services Sdn. Bhd., UMPSA Consultancy Sdn. Bhd., UMPSA Technology Sdn. Bhd. dan UMP Green Technology Sdn. Bhd.


Juga terlibat dalam sesi ini ialah barisan kepimpinan pihak Research & Innovation UMPSA – Centre of Excellence (CoE) yang terdiri daripada Profesor Ts. Dr. Abdul Adam Abdullah, Profesor Ts. Dr. Jolius Gimbun, Profesor Madya ChM. Dr. Izan Izwan Misnon, Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Roshahliza M Ramli, Dr. Munira Abdul Razak serta Tuan Haji Amirul Ahmad.


UMPSA Holdings komited untuk terus memperkukuh hubungan strategik bersama UMPSA dalam meneroka peluang kolaborasi berasaskan penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan teknologi, selaras dengan aspirasi memperkasakan ekosistem industri-akademia yang memberi manfaat kepada universiti, industri dan masyarakat.




 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page