top of page

UMPSA Holdings Raikan Majlis Makan Malam Konvokesyen UCYP 2025

UMPSA Holdings berbesar hati menghadiri Majlis Makan Malam sempena Majlis Konvokesyen 2025 UCYP University dan Kolej Yayasan Pahang pada 30 November 2025, sebuah malam penghargaan yang diraikan bersama para graduan dan barisan kepimpinan universiti. Majlis ini menjadi platform bermakna untuk meraikan kejayaan akademik serta memperkukuh hubungan strategik antara UMPSA Holdings dan UCYP.



Sebagai antara penaja Majlis Konvokesyen 2025 UCYP University & Kolej Yayasan Pahang, UMPSA Holdings komited menyokong agenda pembangunan pendidikan dan pembangunan modal insan negeri. Kehadiran Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, selaku ahli Lembaga Pengelola UCYP, bersama Pengerusi UMPSA Holdings, YBhg. Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, yang juga merupakan ahli Lembaga Pengarah UCYP, menyerlahkan hubungan erat antara kedua-dua institusi.


Majlis makan malam ini bukan sahaja meraikan pencapaian para graduan, tetapi juga membuka ruang perbincangan dan kerjasama masa hadapan dalam memperkukuh ekosistem pendidikan di Pahang. UMPSA Holdings mengucapkan tahniah kepada semua graduan UCYP University dan Kolej Yayasan Pahang dan mendoakan kejayaan mereka dalam perjalanan seterusnya.



 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebih Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

Off Jalan Chan Sow Lin,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

Privacy Policy

Legal

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page