top of page

UMPSA HOLDINGS SERAH SUMBANGAN RM100,000 KEPADA YAYASAN UMPSA

UMPSA Holdings telah menyertai Kejohanan Golf Fillah Tuanku Canselor UMPSA yang berlangsung di Kelab Sungai Long Golf & Country Club, Selangor. Delegasi UMPSA Holdings dihadiri oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, bersama barisan pengurusan kanan bagi menyokong inisiatif julung kali penganjuran UMPSA dan Yayasan UMPSA dalam memperkukuh hubungan strategik bersama sektor korporat serta industri.



Majlis berprestij ini telah disempurnakan dengan keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Canselor UMPSA.


Turut berangkat dan hadir menyaksikan kejohanan ini ialah YDH Orang Kaya Indera Shahbandar, Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang bersama Tok Puan Indera Datin Nur Sharmila binti Shaheen, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UMPSA; Pro Canselor UMPSA, Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Abi Musa Asaari Bin Mohamed Nor; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Bin Hassan; serta Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA merangkap Pengerusi Yayasan UMPSA, Dato' Seri Abdul Razak Jaafar dan Naib Canselor UMPSA, Prof Ts Dr Yatimah Alias.


Sebagai manifestasi komitmen berterusan terhadap kebajikan warga universiti, UMPSA Holdings menyempurnakan penyerahan sumbangan penajaan korporat bernilai RM100,000.00 bagi Program Bantuan Kebajikan dan Pembangunan Pelajar UMPSA 2026 bersama Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Canselor. Sumbangan khas ini disalurkan menerusi Yayasan UMPSA untuk menampung yuran pengajian serta elaun sara diri buat 200 orang pelajar kurang berkemampuan (B40) dan asnaf.


Secara keseluruhannya, kejohanan ini berjaya mengumpulkan dana Endowmen Tuanku Canselor bernilai lebih RM7.8 juta hasil sokongan padu pelbagai pihak. UMPSA Holdings kekal komited untuk berdiri teguh bersama universiti dalam memperkasakan pendidikan mampan.


Kredit Gambar: UMPSA Malaysia




 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page