top of page

UMPSAT dan UMPSAC Perkukuh Pelaksanaan Projek Penyelidikan ACMV JAR2504

UMPSA Holdings melalui UMPSA Technology dan unit Building Information Modelling (BIM) UMPSA Consultancy, diwakili oleh Muhammad Afif Mohd Ali, Pemangku Pengurus Besar UMPSAT bersama Muhammad Amirul Azmi, Penyelaras BIM UMPSAC, telah menyertai Mesyuarat Pemantauan bagi Projek Penyelidikan Application of Augmented Reality & Digital Twin in Energy-Efficient Air Conditioning & Mechanical Ventilation (ACMV) Retrofitting (JAR2504), yang turut melibatkan YBrs. Prof. Madya Dr. Saiful Anwar Che Ghani selaku Ketua Pasukan Penyelidik dari Pusat Inovasi & Pangkalan Ilmu Pemodelan Maklumat Bangunan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).



Mesyuarat ini juga melibatkan pihak UMPSA, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Pejabat Kesihatan Daerah Maran serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.


Ia merangkumi pembentangan kemajuan projek, penyelarasan teknikal serta penilaian pelaksanaan kerja. Turut diadakan lawatan tapak ke Klinik Kesihatan Sri Jaya di daerah Maran yang melibatkan tinjauan sistem ACMV sedia ada serta demonstrasi penggunaan teknologi baharu berikut di tapak.


Penglibatan UMPSA Holdings melalui UMPSA Technology dan unit BIM UMPSA Consultancy terus memperkukuh penerapan teknologi digital dalam meningkatkan kecekapan, ketepatan dan kualiti penyampaian projek.




 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

Privacy Policy

Legal

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page