Usaha Strategik Ke Arah Kelestarian Tenaga: UMPSA Consultancy x CITAGLOBAL
- Nur Syazwani Mohd Nasir
- 16 minutes ago
- 1 min read
Pada Rabu, 15 April 2026, UMPSA Consultancy, anak syarikat milik UMPSA Holdings, telah mengadakan sesi pertemuan bersama CITAGLOBAL bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang tenaga boleh baharu (renewable energy).
Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh En. Khalil dan En. Anmar selaku wakil UMPSA Consultancy, bersama YBhg. Dato’ Chairil Nazri Ahmad. Sesi ini memberi fokus kepada penerokaan peluang kolaborasi serta pembangunan inisiatif tenaga hijau yang berpotensi untuk dimajukan secara berimpak dan mampan.
Pertemuan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuh jaringan industri serta menyokong agenda kelestarian tenaga pada masa hadapan.






Comments