Warga Kerja UMPSA Holdings Sebagai Inspirasi Generasi Masa Hadapan
- Edry Irman Izhar
- 1 day ago
- 1 min read
Warga Kerja UMPSA Holdings Sebagai Inspirasi Generasi Masa Hadapan
Kumpulan UMPSA Holdings berbangga menampilkan 'Aizat Mohd Nasir, Jurutera Projek Kanan (Kejuruteraan Awam) dari UMPSA Consultancy Sdn. Bhd., sebagai panel jemputan dalam Podcast Admission Matters anjuran Pusat Pemasaran & Kemasukan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Dalam sesi perkongsian tersebut, beliau berkongsi pengalaman sebagai seorang alumni Sarjana Muda Kejuruteraan Awam UMPSA yang aktif dalam kepimpinan, juga perjalanan kerjaya bersama syarikat Singapura yang mengendalikan projek mega Empangan Nenggiri, serta bagaimana pengalaman tersebut membentuk kesediaan dirinya dalam menghadapi cabaran dunia kerjaya sebenar.
Kumpulan UMPSA Holdings berbangga memiliki warga kerja yang berkongsi pengalaman serta kepakaran sebagai inspirasi kepada bakal mahasiswa dan generasi muda dalam membina kerjaya masa hadapan.



Comments