Program Saringan Kesihatan Staf UMPSA Holdings bersama Klinik As-Salam
- Edry Irman Izhar
- Jun 11
- 1 min read
Program Saringan Kesihatan Staf UMPSA Holdings telah selesai dilaksanakan dengan jayanya pada 8 hingga 11 Jun, bertempat di Dewan Aras 2, Kompleks UMPSA Holdings. Inisiatif ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memastikan tahap kesihatan dan kesejahteraan optimum seluruh warga kerja sentiasa diutamakan.

Pihak pengurusan UMPSA Holdings merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan kolaborasi, Klinik As-Salam, atas penyediaan perkhidmatan pemeriksaan yang sangat profesional, lancar, dan efisien sepanjang program ini berlangsung.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua kakitangan dan hadirin atas kehadiran serta kerjasama penuh yang telah diberikan. Semoga kesedaran kesihatan yang ditingkatkan ini dapat menyumbang kepada produktiviti dan kecemerlangan organisasi secara berterusan.














Comments