top of page

RANGKAIAN PERNIAGAAN: PENANDATANGANAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA UMPSA HOLDINGS SDN. BHD. DAN WKA ENGINEERING

22 hours ago
1 min read

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (UMPSAH) terus memperkukuh jaringan strategik menerusi majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama WKA Engineering bagi memperluas peluang perniagaan dalam sektor penerbangan.


Majlis ini dihadiri oleh Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings Sdn. Bhd., serta Dato’ Sri Dasyarina Sarilah Daud, Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan Strategik, bersama barisan pengurusan UMPSA Holdings. Turut hadir mewakili WKA Engineering ialah Encik Che Wan Zanial bin Che Wan Mamat bersama delegasi syarikat.


Menerusi kolaborasi ini, kedua-dua pihak berhasrat menerokai potensi perniagaan merangkumi pembekalan peralatan ground support equipment (GSE), perkhidmatan penyelenggaraan dan MRO, sokongan operasi lapangan, bekalan alat ganti serta komponen, dan khidmat teknikal di lapangan.


Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan UMPSAH dalam memacu inovasi, memupuk keselamatan operasi, dan menyokong kemampanan industri penerbangan tanah air.



 
 
 

Comments


UMPSAH EMBLEM.png

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (HQ)

Kompleks UMPSA Holdings,

Persiaran Bandar Gambang,

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,

​26300 Gambang, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

09-431-4000

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (KL Branch)

Level 3, Halim Mazmin Place,

44, Jalan Utusan,

55200 Kuala Lumpur.

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • LinkedIn

©2026 by UMPSA Holdings Group.

bottom of page