SEMAKAN PEMATUHAN KONTRAKTOR (CCA) OLEH LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)
Sesi Semakan Pematuhan Kontraktor (CCA) oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah berlangsung pada 15 Oktober 2026 bertempat di Kompleks UMPSA Holdings, dengan kehadiran wakil CIDB Ibu Pejabat dan CIDB Negeri Pahang. Untuk makluman, UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (UMPSAH) merupakan syarikat pertama di Pahang yang menjalani audit CCA bagi tahun 2026.
Sesi ini dihadiri oleh Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings Sdn. Bhd. dan Dato’ Sri Dasyarina Sarilah Daud, Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan Strategik, bersama barisan pengurusan UMPSA Holdings. Turut hadir lapan orang pegawai CIDB dari Ibu Pejabat dan Negeri Pahang, termasuk En. Afiq Shazwan Mokhtar dan Pn. Mazieana Che Amat.
Terima kasih kepada pihak CIDB atas kerjasama yang diberikan sepanjang sesi penilaian ini. Penghargaan turut diberikan kepada barisan pengurusan dan seluruh warga Kumpulan UMPSAH atas komitmen dalam memastikan sesi berjalan lancar.
Pelaksanaan penilaian ini mencerminkan komitmen UMPSAH dalam memastikan pematuhan terhadap keperluan industri serta mengekalkan standard kerja dan kualiti perkhidmatan syarikat.










#UMPSAH #UMPSAH2_0 #UMPSAHKL #UMPSAHoldings #UMPSAHoldingsKualaLumpur #FadzilIdris #CIDBMalaysia #CIDB #CIDBCCA #SCORECIDB #AuditCIDB



Comments